Kecekapan Penggunaan Elektrik di Sekeliling Kita

Elektrik merupakan sumber utama dalam
kehidupan seharian dan kini dikelaskan sebagai
keperluan utama manusia. Elektrik digunakan
dalam pelbagai sektor termasuk domestik, industri,
syarikat, pertanian dan pendidikan.
Permintaan bekalan elektrik negara mencatat
kenaikan sebanyak 6.1 peratus setahun.
Dijangkakan negara kita bakal menghadapi
masalah kekurangan bekalan elektrik mulai tahun
2011 atau 2012. Oleh itu, kita hendaklah bertindak
segera untuk mengurangkan penggunaan
bekalan elektrik agar krisis ini dapat dielakkan.

Cara untuk berjimat.

Umum:

1.Membersih peralatan elektrik dengan

kerap, terutamanya peralatan yang
mempunyai alat penapis.
2. Matikan suis dan tanggalkan plag apabila
peralatan elektrik tidak digunakan.
3. Gunakan tenaga semula jadi seperti tenaga
solar untuk tujuan pemanasan.
4. Rujuk label pengkelasan kecekapan tenaga
apabila membeli barang elektrik. Mengikut
standard Malaysia, produk akan dilabel
kecekapan penggunaan tenaganya antara
1 sehingga 5 bintang. Label 5 bintang
sebagai paling cekap tenaga.
5. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di
rumah. Ini boleh dilakukan dengan
memeriksa penggunaan peralatan elektrik
yang menggunakan banyak tenaga elektrik,
dan bil elektrik yang konsisten dengan
penggunaan peralatan elektrik.

Peti sejuk:


1. Simpan stok barang dalam peti sejuk
sehingga dua pertiga penuh. Jangan
melebihi had muatan yang dibenarkan.
2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus
makanan yang disimpan dalam peti sejuk
3. Elakkan daripada selalu membuka pintu peti
sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan
keluar setiap kali pintu dibuka.
4. Jika perlu dicadangkan agar anda
menukarkan peti sejuk jenis model lama atau
sudah menjangkau usia lebih daripada 10
tahun.
5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk.
Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu
sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik
keluar, maka jalur magnet tersebut perlu
ditukar.
6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak
6mm, disarankan agar dilakukan
penyahbekuan.
7. Elakkan daripada menyimpan makanan
yang panas atau suam.
8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan
atau tempat yang panas. Letakkan pada
jarak 15cm daripada dinding untuk
mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.
9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat
lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan
biarkan pintu peti sejuk terbuka.

Pendingin hawa:



1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang
tinggi dengan menggunakan kipas.
2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-
26ÂșC.
3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa
kerana ia akan menjimatkan 10 peratus
bekalan elektrik berbanding dengan
pendingin hawa yang terdedah 
 kepada
cahaya matahari.

Mitos dan Fakta.
Mitos 1 :
Apabila peralatan elektrik dipasang,daripada keadaan hiberansi atau “tidur”, masih
terdapat aliran elektrik. Penggunaan tenaga
semasa aliran elektrik yang masih ada ini sangat
besar menyebabkan peralatan elektrik dalam
keadaan mod biasa akan menggunakan tenaga
elektrik yang kurang.
Fakta
: Tenaga elektrik yang digunakan ketika
memulakan sesuatu peralatan elektrik adalah
sangat kecil. Adalah bijak jika mematikan suis
peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
Mitos 2 :
‘Screen savers’ menjimatkan tenaga.
Fakta: 
‘Screen savers’ hanya membazir tenaga.
Kebanyakan komputer menggunakan dua kali
ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin
berbanding tenaga yang digunakan untuk proses
dalaman. Tujuan utama ‘screen savers’
diwujudkan adalah untuk mengelakkan skrin
daripada terbakar oleh imej yang konstan, namun
ia tidak diperlukan lagi pada zaman serba moden
ini. Jika anda ingin menjimatkan tenaga, anda
boleh menetapkan ‘screen saver’ kepada ‘tiada’
atau ‘skrin kosong’

Mitos 3 :

Mematikan suis komputer akan
menyebabkan kerosakan kepada cakera keras
(hard disk).
Fakta:
Mematikan suis komputer selepas
digunakan tidak akan membawa kesan yang
besar kepada jangka hayat cakera keras.
Komputer yang ada pada masa ini mempunyai
jangka hayat 40,000 kitaran tenaga yang
bersamaan dengan 30 kitaran pasang/tutup
pada setiap hari bekerja dalam tempoh lima tahun.
Mitos 4 :
Menutup suis komputer dan mesin
cetak mengakibatkan gangguan kepada
rangkaian.
Fakta :
Menurut pembekal perisian rangkaian
utama, jika rangkaian dipasang dengan betul,
tidak terdapat sebarang masalah apabila suis
komputer dibuka dan ditutup secara berulang
kali. Jika anda sedang memasang atau membaik
pulih sesuatu rangkaian, anda boleh menjimatkan
tenaga dengan mewajibkan penggunaan kapasiti
pengurusan tenaga yang cekap.
Mitos 5 :
Melakukan cetakan pada kedua-dua
belah kertas atau pada kertas terpakai akan
menyebabkan kerosakan mesin cetak.
Fakta :
Walaupun perkara ini tidak dapat
disangkal, namun ia merupakan perkara yang
dapat dielakkan pada masa ini. Apabila membeli
mesin cetak atau mesin fotokopi, pastikan
pembekal memberi jaminan terhadap kualiti mesin
tersebut. Terdapat beberapa pembekal mesin
fotokopi (Canon and Fuji Xerox) yang boleh
memberitahu jenis kertas terpakai yang boleh
digunakan untuk mesin mereka.
Mitos 6 :
Isian semula untuk toner atau katrij
dakwat adalah membebankan dan tidak praktikal.
Fakta :
Sebagaimana yang telah dinyatakan
bagi kertas terpakai, keadaan ini dapat dielakkan
jika pembekal dapat memberi jaminan terhadap
kualiti mesin tersebut