30 Tips Pengguna Bijak.
- Jangan
mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang
selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
- Elakan
penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih
dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
- Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
- Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
- Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
- Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
- Semasa
membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk
mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana
ketika membeli-belah!
- Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
- Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
- Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
- Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
- Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
- Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
- Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
- Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
- Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
- Sentiasa
buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat
pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya
tinngi kualitinya.
- Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
- Jangan
mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala,
harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
- Untuk
pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan
bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
- Periksa
keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam
keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti
maklumat dalam label.
- Gunalah
kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan
kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
- Berkongsi
kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan
kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran
alam sekitar.
- Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui buletin ataupun risalah kepenggunaan.
- Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
- Jika
melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda
dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak sistem
digodam.
- Jangan
gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online
banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
- Pastikan
lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak
berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
- Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
- Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.